Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By EXEIdeas


05 March 2016

Lokasi Bermain Dart Kawasan Subang, Shah Alam - Scatter Club

Kepada darters area Klang, Shah Alam, USJ, Subang atau sekitar dengannya kini terdapat satu lokasi baru untuk anda melontar dart bersama otai-otai dart yang lain. Scatter Club yang baru sahaja beroperasi pada bulan Januari 2016 mempunyai 8 dartboards dan juga papan carrom. Berikut adalah lokasi Scatter Club:

No 5-1 Jln U3/4 (BK) 
Pusat Perniagaan Subang, Selangor 

Pada bulan Febuary yang lepas, club ini telah melangsungkan perlawanan single series dan terdapat beberapa kejohanan yang berlangsung di club ini. Menurut pemilik club, dikatakan setiap hari Jumaat malam, terdapat Blind Draw. Ini secara tidak langsung dapat memberikan dartes pengalaman bermain dengan pemain dart yang hebat seperti En. Nasir Bomba dan lain-lain pemain.

Berdasarkan pengalaman saya, club ini sangat selesa kerana mempunyai 8 dartboards yang berkualiti dan ia juga menyediakan minuman dan makanan ringan, ruang untuk solat dan tempat pemain dart 'berasap'. Kepada darters area Lembang Klang boleh mendaftar menjadi ahli club tersebut dengan harga RM30 sebulan dan jika pemain yang ingin Walk in hanya perlu membayar RM4 sahaja.

Untuk keterangan lanjut pemain-pemain dart boleh hubungi pemilik club iaitu Azly Idris 019 235 5535 Somet 011 2727 0254. Berikut adalah gambar-gambar Scatter Club yang saya peroleh daripada FB Scatter Club. 







No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top